I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 16, 2010

    Pada 14.08.2010 yang lalu,kami telah mengadakan bengkel bersama guru pebimbing kami iaitu PUAN JULIA yang kami anggap ibu kami sendiri.Belia di bantu oleh ENCIK LOGESWAREN untuk menjayakan program tersebut.Setelah kembali dari program tersebut kami dapat mengatasi semua masalah-masalah yang kami hadapi sebelum ini.Kini tugas kami menjadi lebih mudah dan senang.

BERIKUT IALAH JADUAL AKTIVITI PROGRAM TRESEBUT :-
 7:45-8.15 - SKOP TUGAS
 8:15-9:30 -BENGKEL MENGIKUT BIRO
 9:30-10:30-PEMBENTANGAN HASIL BENGKEL
 10:30-11:00-PEMURNIAN
 11:00-11:30-UCAPAN UMUM
 11:30-11:45-RUMUSAN


CARTA ORGANISASI PENGAWAS TINGKATAN SESI PETANG

                                              PENASIHAT
                           (PENGETUA ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU)

                                                        PENGERUSI
                                                  (PUAN KARENT TAN)

                                                    NAIB PENGERUSI
                                     (ENCIK MICHAEL NYAGU SABANG)

                                                    GURU PENASIHAT
                                               ( PUAN JULIA AMBANG)

                                                       PENGERUSI
                                                  (ALBERT KEMPING)

                                                    NAIB PENGERUSI
                                                    (MOHD NEEZRI)

                                                      SETIAUSAHA
                                                   (NUR SYAFIQAH)
  
                                                        BENDAHARI
                                                     (NIKE MENDOLAS)                                   

       BIRO 3P             BIRO KANTIN KOPERASI & TANDAS      BIRO SPOT-CHECK       1.SHARON             1.NUR AINNA                                         1.JESSICA  
2.DARIEN               2.CARMELLA                                          2.IRENE 
3.PHILIP                  3.COLLIN      
          
          BIRO KESELAMATAN                                  BIRO KEBERSIHAN
          1.YIP KAM HOU                                            1.SANDRA TENING     
          2.LEE SHENG                                                 2.DAMIAN LEEROY
         3.HAZWAN                                                     3.TIFFANY

                 
                             BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL                       BIRO ICT
                                1.ANGELINA                                                        1.JUDITH
                              2.NUR ZAHIRAH                                               2.EDMUND TAN
                              3.MOHD KHAIRULNIEZAM
                                                                                    

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG MIRI SARAWAK



Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama asalnya Lutong Government Secondary School. Mulai tahun 2003 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong.

Pada tahun 1963, lokasi sekolah ini ialah di rumah kakitangan Sarawak Shell Berhad. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Kelab Shell, Lutong(KSL). Bangunan ini dimiliki oleh Sarawak Shell Berhad. Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar yang tamat sekolah rendah di kawasan sekitar Lutong-Kuala Baram iaitu Sekolah Rendah Chung Hua, Sekolah Rendah Kebangsaan Lutong dan Sekolah Kebangsaan Kuala Baram.

Pada awal penubuhan sekolah ini, terdapat sebuah kelas peralihan sahaja. Kelas ini menampung seramai 40 orang pelajar yang kebanyakannya berbangsa Cina, dengan seorang guru iaitu Encik William Kok. Pada tahun 1964, bilangan pelajar telah meningkat kepada 130 orang dengan pertambahan guru seramai 3 orang, iaitu Encik Choo Kwang Chuan, Encik Lau Swee Pang dan Puan Lai Ching Chiau. Pengetua pertama SMK Lutong ialah Puan Ryan, seorang yang berbangsa Serani.

Pada awalnya pakaian seragam bagi pelajar perempuan adalah baju berwarna putih dan skirt berwarna biru tua manakala pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar pendek berwarna biru tua. Seterusnya pada tahun 1971, pakaian seragam sekolah telah ditukar apabila kerajaan mewajibkan semua sekolah memakai baju seragam yang sama.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mengamalkan sistem satu sesi yang mengandungi dua sidang. Sidang pertama bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi manakala sidang kedua bermula dari pukul 1.30 petang hingga 4.30 petang. Kedua-dua sidang dihadiri oleh pelajar-pelajar yang sama.

Memandangkan sekolah tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian meningkat, satu bangunan baru didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut. Pada akhir tahun 1966, bangunan baru yang siap dibina terdiri daripada Blok A, dua buah makmal sains dan sebuah dewan. Bangunan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Allahyarham Tun Abang Haji Openg iaitu, Gabenor Sarawak yang pertama. Pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik C.P.Philips.

Bermula pada tahun 1974, sekolah ini telah memulakan satu projek pembangunan sekolah dengan menambahkan prasarana sedia ada. Sekolah ini mula menerima pelajar-pelajar asrama pada tahun 1975. Oleh itu, maka sebuah asrama telah dibina dan diberi nama Asrama Pipit, diikuti dengan pembinaan asrama Tun Tijah. Pembangunan yang semakin pesat di SMK Lutong boleh dilihat dengan pembinaan bangunan Blok B setinggi tiga tingkat pada tahun yang sama. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1975, namun sambutannya tidak begitu menggalakkan. Pada tahun berikutnya, sebuah makmal sains siap dibina untuk kegunaan pelajar-pelajar menengah atas. Blok C dan bangunan Seni Perusahaan pula siap dibina pada tahun 1977. Di samping itu, terdapat juga blok kediaman disediakan untuk guru-guru dan staf sokongan.

Antara tahun 1984 hingga 1985, Projek Kilat telah jalankan merangkumi pembinaan bangunan pelajar-pelajar Tingkatan Enam iaitu Blok D dan E. Pada tahun 1986, sebuah makmal sains dibina untuk kegunaan Kelas Tingkatan Enam. Pada awal tahun 1985, perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar (APD) dibuka dan dilengkapi dengan buku-buku dan alat-alat pandang dengar. Kelengkapan ini dibiayai sepenuhnya oleh Sarawak Shell Berhad. Pihak Sarawak Shell Berhad juga sudi menjadikan Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong sebagai sekolah angkat. Sehubungan dengan hal ini, satu upacara penyerahan Kunci oleh Sarawak Shell Berhad kepada pihak sekolah semasa perasmian bilik APD dan perpustakaan yang terletak di Blok C. Kemudahan ini bertujuan untuk memacu prestasi pelajar di sekolah ini

Pada tahun 1995, sebuah lagi dewan dan dua buah bengkel telah dibina sebagai tambahan prasarana di SMK Lutong. Pada tahun 2003, Makmal ICT telah dibina atas tapak gelangggang bola tampar. Sebagai ganti, gelanggang bola tampar baru dibina berhampiran gelanggang bola keranjang. Setakat ini, terdapat lapan buah bangunan, dua buah bangunan makmal dan sebuah bilik Pendidikan Seni. Pejabat Am Sekolah telah dinaik taraf pada tahun 2004. Pembangunan berterusan di SMK Lutong merangkumi tempat letak kereta untuk guru-guru.

Pada awal bulan Februari 2004, jawatan pengetua SMK Lutong diisi oleh Encik Marcus Hugo Matu Lejau menggantikan Encik Nicholas Yii yang bersara. Manakala Cik Anita Yi Fuon Mee telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1 pada tahun yang sama.

Thursday, August 26, 2010

       Saya Judith salah seorang daripada pengawas tingkatan sesi petang.Saya telah mewujudkan laman sesawang ini sejak satu minggu yang lepas iaitu pada 19.08.2010 . laman sesawang ini diwujudkan ialah untuk merapatkan siratu rahim diantara para-para pengawas sesi petang dan juga pelajar yang lain.Laman sesawang ini akan dirasmikan dan juga akan disahkan olah pengetua SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUTONG iaitu,ENCIK MARCUS HUGO MATU LEJAU pada MAJLIS MAKAN MALAM di SMKL pada 18.09.2010 ini . Saya akan muat turun semua gamba dan video aktiviti yan kami lakukan sepanjang tahun.


DIHARAP KEPADA ANDA YANG MELAWAT LAMAN SESAWANG INI MEMBERI KERJA SAMA.
                              SEKIAN TERIMA KASIH .